KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN

Posted: February 20, 2010 in Education

KOMPONEN-KOMPONEN DAN CIRI-CIRI PEMIKIRAN KRITIKAL DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN

Pemikir kritis mempunyai sifat dan sikap diri seperti berikut iaitu analitikal (cenderung memberikan perhatian pada perkara tidak pasti, elemen, bahan, perkara satu persatu), pragmatik (memberikan tumpuan pada perkara yang dapat dilaksanakan berbanding perkara yang tidak dapat dilakukan), objektif-ketepatan (terhala kepada perkara-perkara yang bersifat objektif dan dalam masa yang sama tidak mengetepikan ketepatan sesuatu hal), proaktif (sentiasa berputar dan aktif), tidak bias (tidak menyebelahi mana-mana pihak ), konsisten ( yang dibuat adalah tetap dan tidak berubah) dan berdisiplin serta beretika (sentiasa mencari rahmat dan hikmat)

Pemikiran kritis didefinisikan sebagai satu penerokaan yang bertujuan mengkaji situasi, fenomena, persoalan atau masalah untuk menghasilkan rumusan yang merangkumi semua maklumat yang ada. Pemikiran kritis adalah penggunaan kemahiran intelektual untuk menilai dan mempertimbangkan sesuatu situasi. Selain itu, pemikiran ini melibatkan penyusunan kembali konsep-konsep dengan tujuan menilai sesuatu objek atau situasi. Di samping itu, pemikiran kritis merangkumi perkara-perkara berikut:

  • Kefahaman untuk menghujahi
  • Usaha mengumpul maklumat
  • Pertimbangan tentang kebaikan dan kelemahan
  • Usaha mengetepikan makna yang kabur dan kesimpulan yang tidak munasabah

Dengan kata lain, pemikiran kritis mendorong seseorang menguji kebenaran sesuatu perkara atau masalah agar tidak membentuk kesimpulan yang salah.

Manakala komponen kemahiran berfikir secara kritis dalam membuat keputusan boleh terbahagi kepada beberapa bahagian. Ia adalah membanding dan membezakan, membuat kategori, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan, menerangkan sebab, membuat urutan, menentukan sumber yang dipercayai, membuat ramalan, mengusul periksa andaian dan membuat inferens.

Pada bahagian pertama dalam membuat keputusan, seseorang hendaklah mempunyai kemahiran  membanding dan membezakan. Kemahiran ini membolehkan seseorang itu meneliti persamaan dan perbezaan antara 2 objek, peristiwa dan sebagainya berdasarkan aspek-aspek tertentu. Contoh kemahiran membanding dan membezakan adalah membanding dan membezakan antara tokoh misalnya antara Tun Abdul Razak dan Tengku Abdul Rahman, antara 2 pekerjaan seperti nelayan dan petani, antara dua bentuk seperti segi tiga dan pyramid, dua peristiwa dan sebagainya. Alat berfikir yang dapat digunakan adalah pengurusan grafik membanding dan membeza.

Kemudian kita hendaklah membuat kategori. Membuat kategori atau kemahiran mengkategorikan adalah aktiviti minda yang mengkelompokkan maklumat, objek atau perkara ke dalam kumpulan atau kelas yang ditetapkan mengikut ciri-ciri sepunya yang dapat diperhatikan. Misalnya, apabila anda menyaring, mengindang, menapis dan memilih maklumat serta meletakkan suatu perkara itu di bawah satu label atau tajuk dan sebagainya, anda sebenarnya sudah melakukan aktiviti minda iaitu mengklasifikasikan dan mengkategorikan.

Selepas itu, kita perlulah meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan. Kemahiran ini dapat membantu kita melihat dengan jelas bahagian-bahagian kecil dalam suatu benda, organisma ataupun sistem serta fungsinya dan kaitan bahagian-bahagian kecil ini dengan keseluruhan dan bagaimana setiap bahagian itu berfungsi. Hal ini membantu kita memahami dengan jelas situasi sekeliling kita.

Seseorang yang berfikir secara kritikal akan menerangkan sebab untuk setiap keputusan yang dipilih dan membuat urutan bagi setiap bahagian. Bagi mendapatkan pilihan atau keputusan yang terbaik seseorang itu juga hendaklah menentukan dan memilih sumber yang dipercayai. Setelah itu, membuat ramalan, mengusul periksa andaian dan membuat inferens.

Advertisements
Comments
  1. khairulazhar says:

    boleh kan beri contoh kemahiran ini di aplikasi kan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s