KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN

Posted: February 20, 2010 in Education

KOMPONEN-KOMPONEN DAN CIRI-CIRI PEMIKIRAN KRITIKAL DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN

Pemikir kritis mempunyai sifat dan sikap diri seperti berikut iaitu analitikal (cenderung memberikan perhatian pada perkara tidak pasti, elemen, bahan, perkara satu persatu), pragmatik (memberikan tumpuan pada perkara yang dapat dilaksanakan berbanding perkara yang tidak dapat dilakukan), objektif-ketepatan (terhala kepada perkara-perkara yang bersifat objektif dan dalam masa yang sama tidak mengetepikan ketepatan sesuatu hal), proaktif (sentiasa berputar dan aktif), tidak bias (tidak menyebelahi mana-mana pihak ), konsisten ( yang dibuat adalah tetap dan tidak berubah) dan berdisiplin serta beretika (sentiasa mencari rahmat dan hikmat)

Pemikiran kritis didefinisikan sebagai satu penerokaan yang bertujuan mengkaji situasi, fenomena, persoalan atau masalah untuk menghasilkan rumusan yang merangkumi semua maklumat yang ada. Pemikiran kritis adalah penggunaan kemahiran intelektual untuk menilai dan mempertimbangkan sesuatu situasi. Selain itu, pemikiran ini melibatkan penyusunan kembali konsep-konsep dengan tujuan menilai sesuatu objek atau situasi. Di samping itu, pemikiran kritis merangkumi perkara-perkara berikut:

  • Kefahaman untuk menghujahi
  • Usaha mengumpul maklumat
  • Pertimbangan tentang kebaikan dan kelemahan
  • Usaha mengetepikan makna yang kabur dan kesimpulan yang tidak munasabah

Dengan kata lain, pemikiran kritis mendorong seseorang menguji kebenaran sesuatu perkara atau masalah agar tidak membentuk kesimpulan yang salah.

Manakala komponen kemahiran berfikir secara kritis dalam membuat keputusan boleh terbahagi kepada beberapa bahagian. Ia adalah membanding dan membezakan, membuat kategori, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan, menerangkan sebab, membuat urutan, menentukan sumber yang dipercayai, membuat ramalan, mengusul periksa andaian dan membuat inferens.

Pada bahagian pertama dalam membuat keputusan, seseorang hendaklah mempunyai kemahiran  membanding dan membezakan. Kemahiran ini membolehkan seseorang itu meneliti persamaan dan perbezaan antara 2 objek, peristiwa dan sebagainya berdasarkan aspek-aspek tertentu. Contoh kemahiran membanding dan membezakan adalah membanding dan membezakan antara tokoh misalnya antara Tun Abdul Razak dan Tengku Abdul Rahman, antara 2 pekerjaan seperti nelayan dan petani, antara dua bentuk seperti segi tiga dan pyramid, dua peristiwa dan sebagainya. Alat berfikir yang dapat digunakan adalah pengurusan grafik membanding dan membeza.

Kemudian kita hendaklah membuat kategori. Membuat kategori atau kemahiran mengkategorikan adalah aktiviti minda yang mengkelompokkan maklumat, objek atau perkara ke dalam kumpulan atau kelas yang ditetapkan mengikut ciri-ciri sepunya yang dapat diperhatikan. Misalnya, apabila anda menyaring, mengindang, menapis dan memilih maklumat serta meletakkan suatu perkara itu di bawah satu label atau tajuk dan sebagainya, anda sebenarnya sudah melakukan aktiviti minda iaitu mengklasifikasikan dan mengkategorikan.

Selepas itu, kita perlulah meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan. Kemahiran ini dapat membantu kita melihat dengan jelas bahagian-bahagian kecil dalam suatu benda, organisma ataupun sistem serta fungsinya dan kaitan bahagian-bahagian kecil ini dengan keseluruhan dan bagaimana setiap bahagian itu berfungsi. Hal ini membantu kita memahami dengan jelas situasi sekeliling kita.

Seseorang yang berfikir secara kritikal akan menerangkan sebab untuk setiap keputusan yang dipilih dan membuat urutan bagi setiap bahagian. Bagi mendapatkan pilihan atau keputusan yang terbaik seseorang itu juga hendaklah menentukan dan memilih sumber yang dipercayai. Setelah itu, membuat ramalan, mengusul periksa andaian dan membuat inferens.

Advertisements

NEWEST!!

Posted: February 20, 2010 in Simple but interesting

Salam sume…ak bru je sapai ukm ptg td sebenarnye.tp disebabkan lame x online, windu plak kat wordpress.so cpt2 ak update w/pn kepenatan.ak bru je siapkan esaimen u2,nk hrpkan ak wat kat umah..hampeh..xsentuh la jawabnye.bwa je blik tp xwat.teruk btul ct zakirah nie…seb bek gak ak blik awal bley wat keje ckit.sepatotnye ak email dlm cuti kat my group esaimen ni.tp sori la sgt ak mmg xterbuat…ish3x..

pastu ak ngah risau psl midsem awal bulan 3 nie…2 paper yg ak xtaw pape lg..balik umah 1 pipi je ak bace pastu x sentuh langsung sapai la nk simpan blik dlm beg..mcm mane ak nk bjaya camnie..usaha xde lngsong…wake up kyra..

k la..bubye kekwn

HARI YANG MEMENATKAN..

Posted: February 4, 2010 in Simple but interesting

hye sume..kalu nak taw ak sgt penat arinie..td lpas je kelas tutorial aljabar ak terus pegi library dgn group pbt ak.biase la nk siapkan keje yg kene atar 11 feb 2010 nie. n skang baru dpt pulang ke tempat beradu..hehe. keje tu dah nak siap cume ak kene salin mindmapping bagi cantik je malam ni n scan. after that, ak terus send kat wily utk combine sume.manakala ada 1 or 2 example plak wily taip mlm ni.insyallah tomorrow tugasan kumpulan ktorg utk persamaan pembezaan akan sepenuhnya selesai…hihi…happy..but something yg membuatkan ktorg sedih n risau, ari selasa ni ada midsem utk pbt..tidak disangka2 secepat ini…waaa…anyway smoge ak n kwn2 still dpt melakukan yg terbaik . walaupun dlm ati ak ni risau sgt, ak xcover pn lg persamaan pembezaan peringkat 2 n tinggi..latihan 4 pn xwat lg..n kat cni ak nk selitkan la jgk gambar2 mengarut ktorg mase wat discussion td…teruk btul perangai sorang2…huhu..

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kes ibubapa dan  masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran.WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”. LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. “Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing” .

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik… Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz
“Selamat tinggal..”

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan…..

Nota Kasih Sayang :

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat.Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah,  apakah kata-kata yang akan dilafazkan
sebanding
dengan akibat yang akan diterima?



Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak sesempurna RASULULLAH

UKM

Posted: January 27, 2010 in Simple but interesting

hye everybody!!today ak nk promote ckit kat korang psl pc fair in ukm.jom la dtg beramai2 memeriahkan karnival ict ni..korang nk taw nape tetibe ak nk jd promoter ni..hahaha…ini adalah disebabkan ati ak yg murni dan tulus nk jd promoter free…hahaha…xdela,saje2 jew ak nk share dgn korang. KAT DECTAR

ASSALAMUALAIKUM!!

Posted: January 26, 2010 in GGGe2153

Hye…actually ak bru 1st time nk post something kat wordpress nie..ak nk story psl ap yg ak blajo kat kelas tekno td..huhu..td dr arbaat dgn penuh semangat n minat mgajo la ktowg yg semmgnye cetek bab2 kamera ni.lg2 kamera mahal.nk wat cane duit pn xberape nk cukup…ktowg blajo ttg exposure,speed n mcm2 la..ak pn dah xberape nk igat..word dier nk sebut pn susah,berbelit ak punyer lidah..kat bwh ni contoh kamera yg dr arbaat bg tgk…dr pn ad 1,dr xpela kewangan dah stabil…hehe

ok,td ak cite ap yg dr arbaat ajow.now ak nk share plak ap yg ak kene wat b4 kelas td..ktowg sume kene cari photo ap2 la yg menarik.so, dgn suke ati ak plih waterfalls n trees..nk pkir yg advance xsempat..sb kene bg tajuk on d spot…n kat sini ak akn tunjuk la sikit gambo yg ak bg kat dr arbaat.korang tgk la..ak dah nk sign out dulu…pnat n byk keje…bye2